Kaji Semula Artikel 88 FAM: Tengku Abdullah

Kaji Semula Artikel 88 FAM: Tengku Abdullah

KUANTAN – Ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil dan kemukakan cadangan jika mahu Artikel 88 Statut badan itu dikaji semula.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, artikel itu dibuat serta dilulus oleh ahli gabungan FAM, bukan atas arahan presiden, timbalan presiden atau naib presiden.
“Kalau perlu dikaji semula anggota gabungan berkenaan harus tampil dan mencadangkan supaya dapat dikaji, saya sudah maklumkan kepada jawatankuasa perundangan FAM supaya kaji semula, kalau boleh kita perhalusi saranan yang berkaitan, tetapi jangan bila kita dah tarik artikel ini sewenang-wenangnya kita nak mengutuk.
“Ini tidak akan mencerminkan kematangan sukan bola sepak, nak mengutuk senang saja tapi kita nak memperkemaskan lagi itu lah seelok-eloknya,” titah baginda selepas merasmikan Ijtimak Program Masjid Gemilang Pahang di sini, hari ini.
Artikel 88 memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung berhak menyatakan kritikan dan kilanan terhadap FAM dan struktur organisasinya.
Dalam pada itu, baginda tidak menyangkal dakwaan Tengku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor yang mengkritik mutu pengadilan di negara ini sebagai lemah.
“Memang, kita masih amatur lagi, mana yang ditegur kita boleh perkemaskan dan kaji, jangan cepat nak menghukum, saya tak berapa setuju kalau sebab teguran,” titah baginda.
Sementara itu, baginda turut menyatakan sebarang teguran yang ingin dibuat harus menerusi saluran yang betul sama ada melalui surat ataupun berjumpa dengan pihak setiausaha FAM tanpa melalui media yang boleh menghangatkan keadaan.
“Saya harap sekretariat FAM dapat menerima hakikat dengan positif supaya kaji adakah teguran itu kita boleh perbetulkan,” titahnya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story