Pemenang Mini Cooper Kira Dan Menang KFC

Pemenang Mini Cooper Kira Dan Menang KFC

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 49 tahun tidak menyangka akan memenangi kereta Mini Cooper 2012 1.6L selepas berjaya meneka bilangan Bucket KFC yang diletakkan di dalam kereta Mini Cooper itu dalam pertandingan Kira Dan Menang KFC Malaysia.
William Chee berkata, dia cukup bertuah memenangi pertandingan itu kerana terdapat hampir 70,000 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.
“Saya benar-benar teruja dan terkejut. Saya tidak pernah terfikir untuk memenangi kereta idaman saya ini.
“Bukan mudah meneka bilangan Bucket KFC tersebut, tetapi saya tidak berputus asa untuk terus mencuba dan saya berasa amat bertuah kerana telah terpilih sebagai pemenang hadiah utama peraduan ini!” katanya dalam satu kenyataan media yang disiarkan KFC Malaysia hari ini.
Selain William, seramai enam peserta bertuah lain membawa pulang hadiah Proton Saga FLX 1.3MT iaitu Norainie Abd Hamid dari Sabah, Kamarrazaman Sahdan (Selangor), Mohamad Nurfuad Bujang (Sarawak), Mohd. Tajuddin Mohd. Yasin (Negeri Sembilan), Yap Ngee Wee (Pahang) dan Tan Yiat Kuang (Johor).
Pertandingan Kira Dan Menang KFC Malaysia pada Oktober tahun lalu mengkehendaki peserta meneka bilangan Bucket KFC yang diletakkan di dalam kereta Mini Cooper seperti yang dipamerkan dalam borang peraduan.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story