Michael-Catherine Bercerai Lepas 12 Tahun Kahwin

Michael-Catherine Bercerai Lepas 12 Tahun Kahwin

Pasangan pelakon bertaraf gred A di Hollywood, Michael Douglas dan isterinya, Catherine Zeta Jones dilaporkan sudah bercerai sejak musim panas tahun lalu.
Perkahwinan yang sudah memasuki tahun ke 12 itu dikhabarkan telah dilanda dengan pelbagai masalah antaranya masalah kesihatan Douglas, Jones dan anak Douglas, Cameron.
Jones, 44, dilaporkan berkata, “kami berpisah bukan sebab itu saja.  Kami tidak dapat bersama lagi kerana beberapa perkara.  Mungkin inilah jalan terbaik”.
Douglas, 68, dilaporkan sudah berpindah dari rumah yang didiami bersama Jones bersama dua anaknya, Dylan dan Carys.
Douglas dikatakan sudah menyewa sebuah rumah di kawasan berdekatan dengan bekas isterinya itu.
Sebelum ini perkahwinan pasangan ini sering dipandang tinggi oleh masyarakat Hollywood kerana adalah mustahil untuk sesebuah rumahtangga pelakon popular di sana untuk bertahan lama.
Namun nampaknya takdir tidak memihak kepada mereka apabila mereka akhirnya terpaksa akur dengan perpisahan itu.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story