Fazura Azam Kahwin Tahun Ini

Fazura

Pelakon jelita, Fazura atau nama sebenarnya Nor Fazura Sharifuddin mengatakan dia berazam untuk berkahwin pada tahun ini.
Memetik laporan Ohbulan, Fazura menyatakan, “saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyaallah. Doakan semoga saya bahagia”.
Fazura turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah berkahwin secara senyap-senyap.
Pelakon yang sinonim dengan watak Puteri dalam drama Gol dan Gincu ini akan berhenti berlakon apabila dia sudah berkahwin kelak kerana mahu menuruti kehendak ibunya.
“Saya rasa saya akan tepati janji kepada ibu. Lepas berkahwin memang ibu saya tak bagi berlakon.
“Sekiranya bakal suami saya seorang pelakon, dia pun perlu berhenti berlakon juga. Fokus perlu diberikan 100% kepada rumahtangga,” katanya.
Wah, siap bersyarat ya Fazura.
Tak mengapalah janji Fazura bahagia dengan keputusannya itu.
Semoga dirinya bertemu jodoh dengan jejaka yang baik serta mampu memimpinnya dan keluarga dengan sebaik mungkin.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story