Jehan Miskin Bertunang, Kahwin Tahun Ini?

Jehan Miskin

KUALA LUMPUR – “Ya, tahun ni ada berita baik. Insyallah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan,” kata pelakon, Jehan Miskin apabila ditanya adakah dia akan menamatkan zaman solo pada tahun ini.
Memetik laporan Malaysiandigest, hari ini, Jehan, 34, dengan spontan memberi reaksi sebegitu malah dia meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
Mengenai perkembangan terkini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.
Namun, itu tidak bererti yang dia sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, cuma buat masa ini dia harus menumpukan perhatian lebih kepada pengarahan drama dan penerbitan program.
“Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya.
“Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak,” jelasnya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story