Johan As’ari Lupakan ABPBH Kerana Umrah

Johan As'ari Lupakan ABPBH Kerana Umrah

KUALA LUMPUR – Pelakon, Johan As’sari dilaporkan tidak akan menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada 7 April ini kerana menunaikan Umrah pada tarikh tersebut.
Menerusi Gua.com.my, Johan menjelaskan dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 27 Mac hadapan dan hanya berangkat pulang ke tanah air pada 8 April.
“Saya buat keputusan untuk menunaikan Umrah apabila terbaca Twitter Abang Hafiz Hamidun tentang perancangannya untuk pergi Umrah. Entah macamana, hati saya terdetik untuk turut serta dan saya terus hubungi Abang Hafiz untuk dapatkan maklumat lanjut.
“Selepas beberapa hari hubungi dia, Abang Hafiz hubungi saya semula pada Isnin (18 Februari) dan berikan tarikh keberangkatan ke sana. Tanpa banyak berfikir, saya setuju untuk sama-sama kerjakan Umrah,” katanya.
Tambah Johan, hatinya memang kuat untuk ke Tanah Suci selepas menjalani pengambaran Kau Yang Terindah di sana sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, untuk ABPBH kali ini, Johan tercalon di dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular bersama-sama Aaron Aziz, Adi Putra, Beto Khusairy dan Fahrin Ahmad.
“Sejujurnya, saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana saya sedar saingan saya bukan calang-calang orang.
“Bagaimanapun, seandainya saya menang, sudah pasti saya gembira dan menghargai sokongan peminat yang memilih saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Johan akan muncul dengan drama bersiri terbaru, ‘Karlos’ bermula 4 Mac ini.
Drama berkenaan mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid atau Karlos ini akan bersiaran di TV3 pada jam 9.00 malam.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story