2 Lelaki Digantung Di Khalayak Ramai

2 Lelaki Digantung

Tehran – Dua lelaki yang dirakamkan menyerang seorang lelaki dengan parang, telah digantung di hadapan khalayak ramai.
Alireza Mafiha dan Mohammad Ali Sarvari, yang masing-masing berusia 24 tahun, menjalani hukuman berkenaan di Tehran, pada waktu pagi, Ahad lalu.
Mereka dihukum selepas rakaman video selama 37 saat itu telah dimuat naik di Youtube pada bulan Disember lalu.
Rakaman itu dimuat naik sendiri di internet oleh kedua-dua mereka.
Visual yang dirakamkan itu menunjukkan bagaimana empat lelaki bertopeng telah menyerang seorang mangsa, sebelum dua daripada mereka merampas beg dan jaketnya.
Seorang daripada penyerang juga membawa bersama parang dalam serangan itu.
Selepas rakaman itu tersebar, pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan matlamat menangkap suspek.
Mereka akhirnya ditangkap dengan dua lagi suspek dihukum penjara 10 tahun dan rotan sebanyak 74 kali.
Ketika menjatuhkan hukuman itu, ketua hakim Sadeq Larijani berkaya, isu keselamatan melibatkan rakyat Iran adalah lebih penting daripada segala-galanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story