Pengasas Imam Muda: ” Jangan Berbohong Dan Nafikan Fakta Sebenar!”

Pengasas Imam Muda: " Jangan Berbohong Dan Nafikan Fakta Sebenar!"

Program realiti berunsur Islam ‘Imam Muda’ terbita Astro akan diingati sebagai antara program realiti berunsur keagaaman paling berjaya dalam sejarah bidang penyiaran tempatan.
Keunikan objektifnya hendak mencari seorang bakal pendakwah di kalangan generasi muda bukan saja menarik perhatian penonton negara ini tetapi juga di negara luar.
Tidak hairanlah jika kejayaan program tersebut telah membuatkan ia menjadi sebutan di peringkat antarabangsa sehingga ramai wartawan dari badan media terkenal dunia termasuk dari CNN, Al-Jazeera dan BBC datang ke negara ini dan membuat liputan mengenai kehebatan program tersebut.
40872_a11170
Entah di mana silapnya, ‘kemashyuran’ program berkenaan semakin hilang  dan kini nampaknya belum ada tanda-tanda rasmi daripada Astro untuk menyambung program itu.
Paling mengejutkan, rupanya terdapat banyak kisah yang ‘tidak enak’ sebenarnya yang berlaku di balik program berkenaan yang menuntut ‘pencerahan’ daripada banyak pihak terutama dari Astro sendiri.
Terbaru, pegawai kanan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Asmawi Tuan Umar akhirnya terpaksa tampil dan membuat penjelasan sebenar mengenai siapakah pengasas sebenar program tersebut setelah ramai pihak mendakwa ia merupakan ‘idea mereka’ hingga menafikan kenyataan dan hakikat sebenar yang berlaku.
tuan asmawi
” Terlalu ramai yang ingin menjadi ‘wali sebenar’ maka saya ingat perlu dan wajar saya perjelaskan kekeliruan ini.
” Niat saya hanya satu sahaja iaitu untuk mengajar manusia atau individu-indvidu terlibat supaya bercakap dan berkata benar untuk beberapa fakta tentang Imam Muda dan satu lagi program realiti yang diberi nama Ustazah Pilihan,” kata beliau di dalam blognya di http://tuan-asmawi.blogspot.com.
Menurut Tuan Asmawi, sudah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mencanang kepada masyarakat bahawa Imam Muda dan Ustazah Pilihan adalah lahir daripada pemikiran mereka.
Ujarnya, akhir wujud banyak fakta-fakta yang bercanggah dan pelbagai versi diperolehi tentang siapakah yang merupakan pengasas dan pencipta sebenar program Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini.
Lebih menyedihkan, katanya,  sumber itu diperoleh daripada para Imam Muda sendiri yang telah dipasak dengan informasi bahawa ‘seorang itu’ yang telah menyatakan bahawa Imam Muda ini adalah hasil ideanya.
” Sebenarnya untuk makluman semua , Imam Muda adalah lahir dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merupakan hasil idea asal saya dengan mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Kertas cadangan tersebut saya telah siapkan pada 2 ogos 2008 iaitu sehari selepas ulangtahun kelahiran saya pada 1 Ogos 2008..waktu itu juga saya merupakan hari ke-2 saya melapor diri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tambahan pula pada masa itu saya tidak mempunyai ruang pejabat lagi.
” Oleh yang demikian , selama seminggu juga saya berada di Surau Al-Muhajirin,JAWI disebabkan tiada meja lagi..maka disitu saya telah (pd 2 Ogos 2008) menghasilkan kertas cadangan Akademi Imam Muda (AIM) bukan pun lagi namanya Imam Muda.
” Saya sebagai seorang yang mempunyai dua lapangan pengalaman iaitu agama dan produksi atau lebih tepat lagi penyiaran , maka saya amat yakin cadangan saya tersebut mampu untuk memecahkan tradisi dalam mempersembahkan sebuah program hiburan yang bercorak keagamaan sekaligus dapat menarik golongan yang pelbagai terutamanya orang-orang dewasa untuk mendekati agama,” jelas Tuan Asmawi.
Katanya, sebaik sahaja beliau menjalankan tugas di JAWI dan sebagai pegawai perhubungan awam jabatan, beliau telah diminta untuk sentiasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat pengurusan bersama Pengarah JAWI.
Maka , katanya, dalam mesyuarat tersebut iaitu pada tahun 2008, beliau cuba untuk membuat satu kerjasama pintar dengan Astro bagi menerbitkan idea beliau yang nama asalnya Akademi Imam Muda (AIM).
Jelasnya, nama AIM adalah singkatan bagi nama Anugerah Industri Muzik (AIM) , maka beliau berfikir kenapa tidak ditukarkannya menjadi Akademi Imam Muda.
Menurutnya, cadangan dan idea tersebut kemudiannya telah dipersetujui oleh Pengarah JAWI, Datuk Che Mat  Che Ali .
” Rentetan daripada itu , saya telah menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Haji Izelan Basar , Pengurus Saluran Astro Oasis menyatakan hasrat saya untuk mencadangkan program Akademi Imam Muda. Alhamdulillah , pada dasarnya beliau bersetuju kepada cadangan tersebut.
” Sebaik saja cadangan tersebut disampaikan melalui SMS , tempoh mendapatkan kepastian terakhir daripada pihak beliau tertangguh sekitar sebulan lebih kerana saya dimaklumkan bahawa beliau mempunyai urusan di Indonesia. Sejurus selepas itu , urusan dan beberapa kali perbincangan antara saya dengan beliau dan termasuk kumpulan produksi Astro Production Sendirian Berhad.
” Setelah kertas cadangan Akademi Imam Muda yang saya tulis tersebut dibentangkan kepada rakan-rakan APSB maka sudah ada petanda daripada pihak pengurusan tertinggi Astro untuk menjadikan program ini dengan lebih serius dengan kerjasama JAWI. Sehinggalah kepada terbitnya sebuah program Imam Muda pilot bagi tujuan mengenal pasti tahap penerimaan masyarakat penonton terhadap program ini,” kata Tuan Asmawi.
imam muda
Tambah beliau, justifikasinya program ini kerana beliau mengambil kira bahawa imam-imam yang telah berumur di sesetengah kawasan yang secara kebetulannya beliau mengalaminya sendiri melakukan banyak kesilapan seperti bacaan,teknik khutbah yang kurang efektif,cara berkomunikasi dengan anak-anak qaryah yang agak tidak menepati,selain daripada keperluan-keperluan fardhu kifayah yang dilakukan dengan tiada kesempurnaan.
Tambahan pula , katanya, apabila beliau menyertai JAWI yang terletak di bawahnya ialah Bahagian Pengurusan Kariah yang mempunyai peranan yang besar dalam memberi nafas baru kepada institusi masjid yang ditadbir oleh para imam yang lebih dinamik dan dihormati.
Jadi, katanya, tujuan beliau mencadangkan program ini agar Astro berkerjasama dengan pihak JAWI adalah amat bertepatan kerana JAWI merupakan sebuah agensi yang menguruskan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur.
JAWI juga,katanya, memiliki pelbagai prasarana dalam menyokong penerbitan program siri pencarian Imam Muda tersebut seperti kemudahan masjid , urusan pernikahan cerai dan rujuk , kebajikan Islam yang menguruskan jenazah-jenazah yang tidak berwaris di Hospital-hospital dalam Wilayah Persekutuan termasuk HUKM , Bahagian Penguatkuasaan dan banyak lagi.
Selain daripada itu , katanya, pihak JAWI boleh memberikan tunjuk ajar dengan lebih jelas kepada para peserta Imam Muda umpamanya pegawai-pegawai daripada Bahagian Penyelidikan yang bertanggungjawab dalam bidang pengurusan halal akan memberi tunjuk ajar tentang teknik dan cara-cara penyembelihan , begitu juga dengan Bahagian Pengurusan Dakwah yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah-jenazah terutamanya yang tidak dituntut dan tidak berwaris dari Bilik Forensik , Hospital Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepada para peserta bagaimana mengendalikan jenazah tersebut.
imam-edit
” Apa yang menyedihkan saya (setelah program ini dilancarkan) ialah pada end credit pada setiap kali program yang pada asalnya diletakkan saya sebagai Konsep & Idea Asal – Tuan Asmawi bin Tuan Umar , namun setelah program Imam Muda mula memasuki episod ke-empat maka nama saya sebagai Konsep & Idea Asal telah ditiadakan dan digantikan dengan Konsep & Idea Asal oleh Unit Pembangunan Kandungan Astro.
” Memang saya juga tidak menafikan bahawa kertas cadangan saya itu telah berlakunya beberapa perubahan dari sudut cadangan kandungannya , walaupun begitu , ia masih tidak wajar untuk Astro mengakui bahawa Imam Muda itu adalah idea dan konsep mereka secara total.
dn_13.1
” Kisah yang sama juga berlaku kepada penerbitan program Ustazah Pilihan yang juga kertas konsep dan cadangan asaslnya ditulis oleh saya pada tempoh Imam Muda musim ke-2 sedang berjalan. Untuk maksud penerbitan Ustazah Pilihan ini , saya hanya sempat empat kali diundang ke mesyuarat penerbitan. Namun setelah saya menyerahkan kertas cadangan tersebut hanya menerusi emel kepada mereka yang berkenaan , dan kali keempat mesyuarat saya hadiri di Astro , maka itulah kali terakhir.
” Saya telah menunggu juga keputusan terkini daripada pihak Astro samada mereka benar-benar ingin meneruskan program tersebut , rupa-rupanya benar program itu diteruskan tetapi tidak lagi berkerjasama dengan pihak JAWI. Saya dalam hal ini amat sedih kerana selama ini saya memperjuangkan untuk program sebegini dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua pihak namun ternyata sangkaan saya begitu meleset,” luah Tuan Asmawi.
Ujar beliau, ternyata kedegilan pihak terbabit mengadakan kerjasama dengan pihak JAWI telah mengakibatkan banyak kecelaruan yang berlaku sepanjang tempoh Ustazah Pilihan berlangsung seperti ketiadaan silibus khusus , lokasi untuk assignment bagi para peserta Ustazah Pilihan seperti kemudahan yang diperolehi oleh peserta Imam Muda malah rata-rata yang memberi komentar ianya tidak lebih seperti ala-ala Akademi Fantasia.
Lebih malang lagi , katanya, jika sekiranya program tersebut mempunyai silibus khusus , maka seperti kebiasaan pihak JAWI tidak teragak-agak untuk membuat rekomendasi untuk mendapatkan tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan.
Jadi dengan kesombongan itu, tambah beliau, ia telah mengakibatkan para peserta Ustazah Pilihan dan Imam Muda musim ketiga tidak memperolehi tauliah mengajar dalam Wilayah Persekutuan yang merupakan keperluan seperti yang diperuntukkan dalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 11. Mengajar agama tanpa tauliah.
(1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
” Sebenarnya jika ingin saya perkata tentang ini terlalu panjang dan saya perlu maklum kepada umum apa yang perlu sahaja. Untuk makluman juga terutama kepada para Imam Muda dan Ustazah Pilihan bahawa dengan mesej ini terpulang kepada saudara saudari untuk menilai sejauh mana kesahihannya kerana setahu saya anda semua telah dipasak dengan info yang berbeza.
” Barangkali jika anda semua menjadi kenyataan saya ini sebagai yang benar , anda semua mungkin berdepan dengan DIGAM oleh pihak-pihak yang terbabit. Kepada semua, dalam apa keadaan sekali pun , tiada hinanya jika kita berkata benar, katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story