Anak Ifa Raziah Terima Enam Jahitan di Kepala Akibat Gaduh


Anak Ifa Raziah Terima Enam Jahitan di Kepala Akibat Gaduh – Anak kepada penyanyi dangdut, Ifa Raziah menerima enam jahitan di dahi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak.
Anak Ifa Raziah Terima Enam Jahitan di Kepala Akibat Gaduh
Menurut Ifa, anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, telah ditolak oleh pelajar darjah lima sehingga kepala dia terkena besi dan menyebabkan luka pada dahi sebelah kiri.
“Selain menerima jahitan, anak saya turut di hantar ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal bagi menjalani imbasan kerana bimbang terdapat gegaran otak,” ujarnya.
Tambah Ifa lagi, punca insiden ini terjadi kerana pelajar terbabit merasa cemburu dan meragui segala cerita anaknya mengenai koleksi patung yang dimilikinya.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story