‘Saya tak buat salah’???


pix_topright
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Ketika ini, saya tidak mahu perkara ini dibangkitkan lagi kerana ada hati perlu dijaga. Isteri pertama, keluarga saya, semuanya saya kena tengok,” kata Ketua Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya (gambar).
Beliau mengulas mengenai dokumen pernikahan keduanya dengan seorang wanita Filipina, Maria Joy Erlano di selatan Thailand, Mei lalu, yang disebarkan di Internet sehingga mengundang persoalan banyak pihak.
Pendakwah muda itu berkata, secara peribadi, dia menganggap ia cubaan pihak tertentu untuk mencari kesalahan dan mengaibkannya selepas mereka turut memeriksa beberapa butiran mengaitkan dirinya dengan keluarga, termasuk isteri pertamanya.

“Saya tidak mahu bangkitkan lagi, tapi pada saya, mereka sengaja jadikan kisah ini satu modal menjatuhkan saya, cukup dengan apa yang sudah dijelaskan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fathul Bari turut memberi penjelasan mengenai perkara itu di YouTube kelmarin.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story