Gaji Minimum: Maklum Balas Majikan Diambil Kira

Subramaniam

JOHOR BAHARU – Maklum balas daripada pihak majikan terhadap isu levi serta elaun pengangkutan dan perumahan akan diambil kira di dalam perlaksanaan dasar gaji minimum tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata isu tersebut merupakan perkara utama yang dibangkitkan semasa dua perbincangan kementeriannya bersama pihak majikan di negara ini sehingga kini.
“Isu-isu tersebut akan dibangkitkan di kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk menentukan tindakan yang akan diambil,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Ponggal anjuran MIC Bahagian Gelang Patah di sini Ahad.
Mengenai kebimbangan majikan yang terpaksa melepaskan pekerja asing mereka berikutan perlaksanaan dasar itu, beliau berkata itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi bagi pekerja tempatan. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story