Kereta Ezany Kena Pecah



Kereta Ezany Kena Pecah - Pelakon dan juga ahli perniagaan, Ezany Nizariff dikhabarkan cermin kereta milik beliau telah dipecahkan kemarin dan telah kehilangan beg berisi dokumen dan geran.
Kereta Ezany Kena PecahEzany telah mengesahkan perkara tersebut melalui status di akaun Facebooknya.
Menurut Ezany, ketika kejadian berlaku beliau sedang melepak di sebuah kedai makan yang berdekatan dengan kawasan pusat membeli belah Mines, Sri Kembangan.
“Selepas sejam saya berada di kedai makan itu, ada seseorang datang dan memaklumkan bahawa cermin sebelah kiri kereta saya telah dipecahkan.”
“Setelah membuat pemeriksaan pada kereta saya dan didapati hanya beg bimbit berisi dokumen dan geran sahaja hilang. Selepas kejadian itu, saya terus pergi membuat laporan polis”, katanya.
Tambah ahli perniagaan ini, terdapat saksi yang melihat kejadian tersebut dan sempat mengambil no pendaftaran kereta penyamun tersebut yang menaiki kereta jenis Gen 2 bewarna perak.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story