Alyah Rugi Lebih Kurang RM 40 Ribu Kerana Ditipu Pengurus


Alyah Rugi Lebih Kurang RM 40 Ribu Kerana Ditipu Pengurus - Noor Hasliah Binti Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah telah dilaporkan rugi lebih kurang RM 40 ribu dari akaun bank beliau kerana ditipu oleh pengurusnya.
Alyah Rugi Lebih Kurang RM 40 Ribu Kerana Ditipu Pengurus
Kerugian yang dialami si pelantun lagu Kisah Hati ini melibatkan wang persembahan dan wang ansuran bagi sewa beli kereta dan rumah.
Kegiatan pengurusnya itu mula terbongkar apabila pihak bank memaklumkan akan menarik semula keretanya ekoran tunggakan bayaran bulanan kereta tersebut dalam tempoh empat bulan.
“Bila mendapat berita tersebut saya amat terkejut memandangkan saya sudah menyerahkan wang ansuran kereta itu kepada pengurusnya untuk dilunaskan,’ ujarnya.
Menurut Alyah selepas mengetahui isu tersebut, dia segera membuat semakan terhadap akaun bank yang dimiliknya tetapi sudah terlambat kerana semua wang tersebut turut dikebas oleh pengurusnya yang sehingga kini gagal dikesan.
Oleh : MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story