Pencuri Duit Lisa Surihani Sudah Diketahui – Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah yang terjadi kepada pencuri duit milik Lisa yang kini sudah dikenalpasti oleh pihak polis.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Izany Abdul Ghani berkata, setelah siasatan dijalankan pihak polis sudah mengenalpasti individu yang telah melakukan penukaran kad ATM milik Lisa Surihani.
“Setakat ini, belum dapat dipastikan individu yang terbabit ini merupakan orang terdekat atau individu yang bekerja dengan Lisa Surihani.”
“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”kata Izany Abdul Ghani.
Minggu lalu, Lisa tampil membuat laporan polis bersama suaminya, Yusry Abd. Halim dan ibunya, Amira Ahmad kira-kira pukul 2 petang di Balai Polis Bangi selepas menyedari kehilangan wang sebanyak RM50,000 dari akaun miliknya.
Oleh: MyArtis.My
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment