Diana Amir Saran Pihak TV Hentikan Tayang Filemnya Yang Mendedahkan Aurat-“Kini saya sudah berhijab sebab itu saya menyarankan agar stesen TV tidak menayangkan filem-filem lama yang dirasakan mengaibkan diri saya.”
Itulah luahan kekecewaan pelakon Aku Masih Dara, Diana Amir kerana masih ada stesen TV yang menayangkan filem-filem lamanya.
Diana turut meminta agar pihak stesen TV memikirkan kebajikan artis yang telah berhijrah dengan cara tidak menayangkan kembali filem-filem lama mereka yang mendatangkan keaiban pada mereka.
“Saya akui itu adalah kesilapan saya di masa lampau tetapi stesen terbabit boleh memilih untuk menayangkan filem-filem lain yang masih banyak dalam pasaran kita,” ujarnya.
Perkembangan terbaru Diana bakal muncul di dalam sebuah telefilem berjudul Kerana Dia yang akan disiarkan pada 1 Februari ini di saluran TV Al-Hijrah.
Oleh: MyArtis.MyLike FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment