Alam Flora Arah Kakitangan Kesan Kanak-Kanak Hilang

Alam Flora Arah Kakitangan Kesan Kanak-Kanak Hilang

KUALA LUMPUR -  Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menggerakkan kira-kira 3,500 kakitangan syarikat tersebut bagi mengesan kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, pengurusan Alam Flora turut mencetak poster pemberitahuan kehilangan Zhen Zhong dan mengedarnya ke setiap cawangan Alam Flora untuk tujuan tersebut.
“Kakitangan Alam Flora akan turut mengedarkan poster tersebut kepada orang ramai ketika melakukan kerja kutipan sampah di kawasan-kawasan kediaman.
“Pekerja pembersihan kami turut diminta menjadi ‘mata dan telinga’ untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu pencarian kanak-kanak ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Zain berkata, pihaknya mengarahkan kakitangan Alam Flora supaya enghubungi pihak berkuasa dengan segera sekiranya terjumpa atau mempunyai maklumat mengenai lokasi Zhen Zhong.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta seluruh rakyat Malaysia membantu mencari Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights.
Kanak-kanak itu dipercayai hilang selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story