Macam ni pun ada!


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Puchong: Satu mayat lelaki dibungkus kain dipercayai sengaja ditinggalkan ahli keluarganya di tepi rumah seorang wanita di Jalan Mawar, Batu 13 1/2, Puchong di sini kerana tiada wang mengebumikannya, pagi semalam.
Walaupun terdapat kesan luka di leher mayat itu, tetapi siasatan polis mendapati ia kesan pembedahan dilakukan sebelum ini. 
Mayat berkenaan ditemui seorang pekerja kilang ketika mahu memasuki kawasan rumahnya, jam 7.50 pagi.

Pekerja berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, ketika pulang ke rumah, dia terkejut melihat satu bungkusan kain sebelum mendapati rambut terkeluar daripada kain itu menyebabkan dia terus berlari menjerit memanggil suaminya yang berada di dalam rumah.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Mawar, Puchong.

Menurutnya, sebaik menghampiri rumahnya, dia pelik apabila melihat satu objek yang dibungkus dengan kain sebelum terkejut selepas terlihat rambut dari celahan kain itu.~Hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story