Dato’ Siti Nurhaliza Tercalon Bella Awards – NTV7 sekali lagi melakukan kelainan dengan memperkenalkan rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia, Bella Awards 2013 yang akan berlangsung pada 2 Mac depan bagi meraikan, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di atas pencapaian hebat dan sumbangan mereka yang penuh inspirasi kepada orang ramai.
Penerbitan anugerah tersebut terilham melalui rancangan temubual wanita ntv7, Bella yang merupakan rancangan yang memberikan inspirasi buat wanita melalui topik-topik yang berinformasi dan padat dengan pengisian berguna buat kaum hawa.
Sebanyak 7 kategori akan di pertandingkan seperti Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, Bella Heart Award, Bella Mars Award dan yang paling dinantikan, Bella Award.
Empat kategori baru turut diperkenalkan kepada penonton iaitu Bella On-Screen Award, Bella On-Stage Award, Bella Sports Award dan Bella Radio Award.
Antara nama-nama calon bagi empat kategori baru yang di pertandingkan adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Yuna, Zee Avi, Dato’ Nicol Ann David, Pandelela, Dato’ Sheila Majid, Sheila Amzah dan ramai lagi. Bagi kategori tersebut, pemenang akan dikira berdasarkan undian.
Oleh: MyArtis.My
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment