Shera Aiyob dan Zahiril Adzim Impikan Anak Lelaki - Biar pun masih terlalu awal membicarakan mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan, namun pelakon utama drama Juvana, Zahiril Adzim dan isteri tercinta, Shera Aiyob berharap dikurniakan cahaya mata lelaki untuk bayi sulung mereka.
“Saya tidak kisah apa sahaja jantina bakal anak saya nanti tetapi kalau boleh biarlah anak lelaki,” jelas Shera Aiyob sambil tersenyum.
Kandungan beliau baru mencecah usia tiga bulan setengah tetapi mengakui selera makannya semakin menjadi-jadi walaupun kehamilan beliau masih belum ketara.
“Mujurlah saya tidak mengalami morning sickness yang begitu teruk dan dari segi makanan pula saya cuma alah dengan makanan yang mentah dan hanyir,” ujarnya.
Menurut pelakon filem Karak ini, sejak disahkan dirinya mengandung, si suami tercinta berubah menjadi seorang yang lebih rajin mengemas rumah.
Semoga kelahiran cahaya mata sulung mereka ini akan menambahkan seri dan sinar kebahagiaan rumahtangga mereka.
Oleh : MyArtis.My
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment