Ako Mustafa Kecewa Dibayar Rendah


Ako Mustafa Kecewa Dibayar Rendah – Berikutan kekecewaannya Ako Mustafa atau dikenali sebagai Ako dikhabarkan masih menerima bayaran yang rendah dari produser walaupun hasil kerja lakonannya sudah 15 tahun di dalam industri lakonan.
Ako Mustafa Kecewa Dibayar Rendah
Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 41, meluahkan perasaannya iaitu sebagai pelakon senior sepatutnya mendapat bayaran yang setimpal atas usaha yang telah dicurahkan, tambahnya lagi, beliau tidak  mengharap pun untuk disanjungi.
berikut penjelasan beliau :
“Saya bukan seorang pelakon yang ‘demand’ tentang bayaran tetapi jika tawaran yang diterima masih sama seperti saya mula-mula berlakon dulu, itu adalah tidak adil.
“Jika saya masih bujang mungkin saya tidak kisah sangat tetapi kini saya mempunyai tanggungan yang perlu diberi perhatian,” jelasnya.
Berikutan insiden itu, Ako memberitahu beliau telah dua tahun menceburi bidang perniagaan bagi memastikan masa depan dua puterinya, Merissa Tempawan, 3, dan Myra Fatimah yang berusia 7 bulan terjamin.
jelasnya lagi, “Selepas berkahwin saya perlu memikirkan mengenai keluarga dan bukan hanya mementingkan diri sendiri dan sebab itu saya perlu buat sesuatu bagi menjamin masa depan anak-anak saya dan tidak hanya mengharapkan kepada lakonan semata-mata.
“Lakonan adalah hobi bagi saya yang bertujuan untuk membolehkan saya menjelaskan bil bulanan,” katanya.
Menurut beliau, ia berasa puas apabila dapat melakukan sesuatu untuk keluarga, hal ini kerana, mereka adalah perkara penting dalam hidupnya.
Mengikuti perkembangan lain, Ako sekarang sedang  sibuk di lokasi drama bersiri Kerana Sarah selain itudengan beberapa projek yang masih dalam perbincangan.
Oleh : MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story