Randy Pangalila Tak Setuju Dengan Julia Perez

Randy Pangalila Tak Setuju Dengan Julia Parez

KUALA LUMPUR – Pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Randy Pangalila tidak bersetuju dengan pendapat rakan senegaranya, Julia Perez mengenai produksi drama Malaysia yang dianggap aktres tersebut sebagai kurang berkualiti berbanding produksi drama yang diterbitkan dari negara republik itu.
Menurut Randy, tidak semuanya produksi di Indonesia itu hebat dan bagus seperti yang dikatakan Julia Perez.
“Bagi saya, apa yang berlaku itu tergantung kepada pendapat masing-masing. Kalau di Indonesia, tidak semuanya produksi ittu hebat dan bagus.
“Kalau mengikut kaca mata saya, yang bagus adalah seperti drama Ayat-Ayat Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta. Apa yang Julia Perez kata mungkin dia terlibat dengan produksi yang kurang bagus,” katanya yang dipetik menerusi Murai, di sini, hari ini.
Tambahnya, sama juga seperti Hollywood, dia juga pernah menonton cerita Hollywood yang sangat teruk produksinya.
“Apapun, ia terpulang dari sudut dan pandangan masing-masing.
“Bagi saya, saya lebih puas berlakon di Malaysia berbanding di Indonesia sendiri,” katanya.
Sementara itu, Randy yang kini sedang menghabiskan baki lakonan untuk drama di Indonesia bakal kembali lagi ke Malaysia untuk drama atau filem terbaru.
Difahamkan, untuk projek terbaru itu, Randy perlu kembalikan badannya yang tegap dan berketul untuk watak yang masih belum diketahuinya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story