KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penyelenggaraan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) akan dijalankan secara berperingkat mulai hari ini hingga 5 Mac.
Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya Latar, Amran Amir berkata kerja penyelengaraan peringkat pertama yang bermula hari ini adalah hingga 2 Feb, manakala peringkat kedua bermula 18 Feb hingga 5 Mac.
Katanya kerja penyelenggaraan tersebut adalah bertujuan bagi memastikan lebuh raya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, seterusnya membolehkan pengguna menikmati perjalanan selesa, lancar dan selamat.
Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, pengurusan trafik sementara dan papan tanda amaran bagi sebarang perubahan trafik akan dilaksanakan sewaktu kerja penyelenggaraan.
“Kami menasihatkan para pengguna supaya memperlahankan kenderaan sewaktu menghampiri kawasan penyelenggaraan yang terlibat dan sila patuhi semua papan tanda trafik atau arahan yang diberikan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
“Kami juga meminta para pengguna supaya sentiasa berhati-hati dan memberi perhatian kepada Paparan Elektronik Lebuhraya (VMS) untuk sebarang pengumuman penting daripada pihak kami. Sebarang kesulitan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan amatlah dikesali,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian Latar 03-61451515 atau layari www.latar.com.my atau www.facebook.com/latar-expressway. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment