“Saya memanggil nama ayah berkali-kali untuk memberitahu ada orang menghubunginya, namun tiada tindak balas dan ketika itulah saya menjenguk di bawah kereta dan melihat tubuhnya telah kaku dengan muka dipenuhi darah.”
Demikian cerita Nur Syuhada, 18, mengenai tragedi ngeri yang menimpa bapanya, Saami Mamat, 52.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, Saami yang juga seorang mekanik ditemui mati ketika sedang membaiki absorber bahagian rim hadapan sebelah kiri sebuah kereta di bengkel miliknya yang terletak di hadapan kediamannya di Kampung Pantai Batu Rakit.
Menceritakan detik-detik memilukan itu, Nur Syuhada juga sama sekali tidak menyangka bunyi orang meraung yang didengarinya merupakan suara bapanya yang ingin meminta pertolongan.
Ketika itu katanya, dia sibuk membantu ibunya di dapur, dan dia hanya mengabaikan bunyi tersebut.
“Saya menyangka ayah tidak menghiraukan panggilan saya kerana dia sedang tekun bekerja, apatah lagi dengan keadaan separuh badannya berada di bawah hadapan kereta, namun rupanya ayah telah pergi untuk selama-lamanya.
“Malah, dalam keadaan panik itu saya terkaku seketika kerana masih terkejut dan sebaik dapat menggagahkan diri, saya memanggil ibu sebelum memaklumkan kepada orang kampung untuk meminta pertolongan,” katanya.
Sinar Harian difahamkan mangsa yang juga bapa kepada tujuh anak itu menemui ajal apabila jek kereta yang sedang dibaikinya itu secara tiba-tiba tergelincir, menyebabkan kereta terbabit menghempap badannya yang berada separuh di bawah kereta hingga mengakibatkan kecederaan teruk di muka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment