VIDEO: Penyanyi Cun 80-an Dah Berpurdah!

VIDEO: Penyanyi Cun 80-an Dah Berpurdah!

Masih ingat dengan lagu Getaran yang dipopularkan oleh seorang penyanyi remaja pada tahun 80-an dulu, Famieza?
Lagu itu pasti masih diingati tetapi tuannya mungkin ada yang dah tak berapa nak ingat.
Famieza atau nama penuhnya Famiza Zulkifli kini meninggalkan terus dunia seni dan sedang berjaya sebagai seorang usahawan kosmetik halal melalui syarikatnya Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd. Dia berjawatan Pengarah Urusan. Syarikatnya juga bertindak sebagai pengilang produk halal yang berpusat di Kedah.
famiza1
Malam tadi Famiza mewakili syarikatnya hadir dalam majlis makan malam sempena malam media di Kelab Darul Ehsan, Selangor yang dianjurkan oleh Shapers (berkaitan dengan pengeluaran produk halal). Dia turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang. Imejnya sekarang berpurdah. Dia hadir ditemani salah seorang anaknya.
Famiza, 41, kini fokus kepada bisnesnya dan imejnya yang berpurdah pastilah tidak memungkinkan dia menyanyi semula. Namun dia memberi izin kalau gambar lamanya digunakan, cuma untuk bergambar hari ini dia akan kekal berpurdah.
Memandangkan dia dah berpurdah pastilah kenalan lama tidak perasan. Bila melihat wartawan lama yang pernah menemuramahnya dulu, Huzz ada dalam majlis itu, dia menyuruhkan stafnya merapati Huzz sambil memberikan kad perniagaannya.
Bila Huzz, Editor majalah URTV dan Penolong Editor Mangga, Shikin Hassan datang kepadanya, dia masih melayan wartawan hiburan itu dengan baik. Dia juga tidak menolak untuk bergambar.
Perbualan mereka lebih kepada kehidupannya hari ini yang maju dalam perniagaan produk halal. – manggaonline.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story