Rozie Rashid Berubah Angin


Rozie Rashid Berubah Angin - Patutlah kelibat Aktres Roziwati Mohd Rashid atau lebih dikenali sebagai Rozie Rashid semakin susah dilihat di dalam drama mahupun filem, rupa-rupanya pelakon yang pernah meningkat naik namanya suatu ketika dahulu telahpun berubah arah ke bidang penulisan skrip.
Rozie Rashid Berubah Angin
Menurut Rozie, beliau mula berjinak dengan dunia barunya itu sudah lama tetapi aktif menulis sejak dua tahun lalu dan mengakui lebih cinta akan bidang penulisan skrip dari bidang lakonan.
“Saya suka menulis skrip sebab saya boleh meluahkan emosi dan kreativiti dengan lebih bebas berbanding dengan lakonan.”
“Lagipun bila menulis ni, saya juga boleh meluahkan perasaan yang di rasai sekaligus dapat menghasilkan skrip yang lebih kreatif,” ujar Rozie.
Tambah pelakon ini, sejak menceburi bidang tersebut beliau dapat meluangkan lebih masa bagi menguruskan keluarganya.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story