Taktik Sindiket Pel@ curan Tak Menjadi



Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara tidak bertahan lama apabila ia diserbu polis malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, premis yang beroperasi sejak dua bulan yang lalu disyaki menjalankan kegiatan pelacuran berikutan penemuan kondom yang disembunyikan dalam peti sejuk dan bawah tilam.
Menurutnya operasi oleh Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya turut menahan dua penjaga premis itu dan empat wanita Vietnam berusia awal 20an.
“Dua daripada wanita berkenaan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah turut ditahan.
“Siasatan awal mendapati premis tidak berlesen ini kononnya menawarkan khidmat urutan refleksologi namun hasil risikan mereka menawarkan khidmat seks sekitar RM130 ke RM180 kepada pelanggan tetapnya,” katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes setakat ini disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing tidak memiliki pas yang sah.sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story