Lelaki Parah Ditembak Di Pusat Hiburan Parit Buntar

Lelaki Parah Ditembak Di Pusat Hiburan Parit Buntar

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki parah selepas ditembak oleh individu yang dipercayai kenalannya di sebuah pusat hiburan di Taman Wawasan Parit Buntar, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Lim Lip Hong, 24, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh suspek berusia 30-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik pusat hiburan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kejadian dikatakan berpunca pertengkaran kecil antara mangsa dan suspek ketika mereka dikatakan di bawah pengaruh alkohol. – BHarian


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story