SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu PM Kena Strok

SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu PM Kena Strok

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memandang serius penyebaran berita palsu mengenai tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada minggu lalu.
Sehubungan itu, SKMM melalui satu kenyataan media memberitahu satu siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran berita palsu berkenaan.
“Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama pihak polis dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sediada ada,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi melalui kenyataan itu hari ini.
Beliau berkata, Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut beliau, mereka yang didapati salah menerusi akta itu boleh didenda RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Justeru Mohamed Sharil meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu berkenaan melalui SMS atau media sosial kerana berita seperti itu boleh menganggu gugat keselamatan negara.
Tambah beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu juga boleh memberi kesan tidak baik terhadap kesejahteraan masyarakat dan merupakan satu pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi.
Sebelum ini tersebar berita palsu kononnya Perdana Menteri diserang strok ringan tetapi dakwaan itu dinafikan Najib semasa hadir pada majlis pelancaran ETBS terbitan DanaInfra Nasional Bhd. semalam.
Najib menyangkal dakwaan itu dan menegaskan beliau berada dalam keadaan sihat dan meminta orang ramai tidak terpedaya dengan blog yang menyebarkan berita palsu tersebut.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story