‘Saya Kongkong Shila Kerana Dia Bakal Isteri’

Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.
Sharnaaz, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana melihat kepada hubungan itu sebagai sesuatu yang serius selain meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya.
“Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
“Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,” jelasnya tegas.
Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara di sini pada Rabu.
Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.
Ia bakal ditayangkan bermula 24 Januari depan.
Dalam pada itu, Sharnaaz berazam untuk tidak lagi mahu bercakap mengenai cinta sebaliknya ingin menumpukan terhadap soal perkahwinan dengan kekasihnya itu.
shila amzah aa
Shila Amzah
Sementara itu, dia mengakui namanya pada tahun 2012 sedikit tercalar dengan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya dan berazam untuk memastikan kerjayanya lebih menyerlah pada 2013.
Bercakap mengenai Juvana, Sharnaaz berkata dia bertuah dapat membintangi filem berkenaan kerana ia memberikan kelainan kepada watak yang dipegangnya.
Katanya walaupun agak sukar untuk membawa watak jahat yang diberikan namun atas bimbingan pengarah dia berjaya melakukannya dengan baik.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.
Ia adalah kerjasama ketiganya bersama pengarah itu.
“Saya sentiasa senang dapat bekerja dengan Kabir kerana beliau adalah seorang pengarah berbakat dan tahu apa yang dimahukan.
“Tahun ini saya menyasarkan untuk buat enam atau tujuh filem dan berharap ia akan tercapai,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story