Zarina Anjoulie Akan Tetap Digantung – Zed Zaidi

Zarina Anjoulie Akan Tetap Digantung - Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – Berhubung kontroversi yang melanda pelakon, Zarina Anjoulie baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menegaskan persatuan tetap terpaksa menggantung keahlian Zarina buat sementara waktu.
Katanya, jika aktres itu benar-benar didapati bersalah, pihaknya akan melucutkan keahliannya bukan pecat.
“Setakat ini, persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu. Jika, benar-benar didapati bersalah, kami akan lucutkan keahliannya bukan pecat.
“Ini akan jadi contoh kepada artis lain. Saya beritahu ini berdasarkan perlembagaan persatuan bukan saya buat keputusan sendiri,” kata Zed Zaidi yang dipetik dari Sinar Harian, di sini, hari ini.
Pihaknya turut menggesa orang ramai agar tidak menjatuhkan ‘hukuman’ ke atas pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie sebelum ia diputuskan bersalah oleh mahkamah.
“Kita tak boleh jatuhkan hukuman. Mahkamah yang tentukan.
“Ini baru tuduhan dan dakwaan… bagi ruang,” kata Zed lagi.
Setakat ini nasib Zarina masih belum ditentukan berhubung tuduhan memiliki dadah apabila beliau dibenarkan diikat jamin oleh ahli keluarga sahaja.
Pelakon berusia 27 tahun itu dijamin adik tirinya keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya, minggu lalu.
Sebutan semula kes tersebut ialah pada 8 Febuari ini.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story