India, Pakistan Bergaduh Lagi

India, Pakistan

New Delh – India semalam memanggil wakil Pakistan di New Delhi bagi membantah pembunuhan dua askar dan laporan mengenai seorang daripada mereka dipenggal dalam kejadian serangan di sempadan.
Di dalam perkembangan yang diramal meningkatkan lagi ketegangan kedua-dua negara, dua askar India terbunuh selepas satu pertempuran tercetus di wilayah Kashmir tengah hari kelmarin.
Kejadian berlaku ketika mereka sedang meronda, sebelum bertembung dengan tentera Pakistan kira-kira 500 meter di dalam wilayah India, kata tentera India.
Pakistan menafikan bahawa tenteranya terbabit dalam sebarang serangan seumpama itu sambil menegaskan akan menjalankan siasatan sendiri, selain mencadangkan inkuiri oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pakistan menolak dakwaan India bahawa kami menceroboh sempadan, melepaskan tembakan atau membunuh mana-mana askar India, kata seorang pegawai dalam satu kenyataan.
Menteri Luar India, Salman Khurshid bagaimanapun berkata, New Delhi berikrar akan memberi tindak balas serupa dan menegaskan, pegawai kanan tentera dan kerajaan akan memutuskan tindakan ke atas insiden yang berlaku.
Selepas mesyuarat tengah hari, kementerian luar dalam satu kenyataan berkata, bahawa Pakistan perlu melakukan siasatan segera terhadap tindakan itu yang bertentangan dengan norma kelakuan antarabangsa.
Pihak berkuasa India berkata mayat seorang daripada askar berkenaan dicencang manakala akhbar dan sumber tentera berkata bahawa mayat terbabit dipancung.
Mayat kedua askar berkenaan dibawa ke sebuah hospital tentera di Rajouri di utara India di mana bedah siasat akan mengesahkan kecederaan mereka, kata jurucakap tentera, Rajesh Kalia kepada AFP.
Tindakan Pakistan amat provokatif. Cara mereka melayan mayat askar India amat tidak berperikemanusiaan, kata Menteri Pertahanan, A.K Antony kepada pemberita.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story