Majlis Gereja Akan Terus Guna Kalimah Allah

Majlis Gereja (CCM)

PETALING JAYA – Majlis Gereja (CCM) akan terus menggunakan kalimah “Allah” dalam Bible versi Melayu, kata para ketua gereja majlis.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata penganut Kristian di Malaysia telah menggunakan kalimah tersebut dalam Bible versi Melayu dan dalam pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya.
“Juga, banyak masyarakat pribumi di negara kita telah merangkumkan perkataan ini dalam bahasa harian mereka.
“Dalam perkara ini, kita akan meneruskan amalan ini, dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini,” menurut kenyataan.
Mereka menambah amalan tersebut “dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan” di bawah Perkara 11.
Dua hari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa bukan Islam di negeri ini telah dihalang daripada menggunakan “Allah”, kerana ia adalah perkataan suci hanya untuk umat Islam. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story