Curi Dan Samun: 3 Individu Diburu

Curi Dan Samun

SEREMBAN — Polis Negeri Sembilan sedang mengesan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes mencuri dan menyamun.
Mereka ialah Then Wee Loong, 28, beralamat terakhir di No. 35, Jalan Bangi, Rumah Murah PKNS, Semenyih, Selangor, R. Balakrishnan, 39, beralamt No. 4H, Susur 3, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Baharu serta K. Punithaa, 23, beralamat di No. 20, Jalan TTS 6/1, Taman Tasik, Semenyih, Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Hamdan Majid berkata, orang ramai yang mengetahui di mana ketiga-tiga individu ini berada diminta menghubungi pihak polis.
“Mereka dipercayai rakan kepada dua lelaki yang ditahan pada 22 Disember lepas berhubung kejadian pecah masuk sebuah rumah di Tuanku Jaafar Golf Resort,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story