Indiana – Richard Wayne Landers Jr. hanya berusia lima tahun apabila dia dibawa lari oleh datuk dan neneknya hanya kerana mereka berebut hak penjagaan budak berkenaan daripada ibu kandungnya sendiri.
Kini selepas 19 tahun, Richard akhirnya ditemui dan sudah berusia 24 tahun.
Dia menghilangkan diri bersama datuk dan neneknya dari Fort Wayne, dan kini ditemui di Long Prairie.
Richard telah berkahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama manakala datuk dan neneknya pula menetap di kawasan berhampiran.
Ibunya, Lisa Harter yang dimaklumkan mengenai penemuannya itu oleh pasukan penyiasat, meloncat kegembiraan dan kini berharap dapat bertemu semula dengan anak kandungnya yang telah lama terpisah.
Lisa telah berkahwin lagi dengan Harter.
Polis setakat ini masih belum menentukan sama ada datuk dan nenek Richard iaitu Richard E. dan Ruth A. Landers akan didakwa.
Mereka menculik kanak-kanak itu pada bulan Julai 1994 selepas kecewa kerana kes penjagaan cucu mereka itu ditangguhkan.
Kes itu dibuka semula pada bulan September lalu selepas Harter menyerahkan kad pengenalan anak tirinya itu kepada polis.
Susulan itu, polis melakukan pengecaman dan terus memulakan siasatan dengan bantuan FBI.
Mereka akhirnya dapat mengesan kedudukan Richard dan siasatan yang dijalankan mendapati datuk dan neneknya menjaganya dengan baik.sumber
0 comments:
Post a Comment