6 Rahsia Tubuh Langsing Wanita Jepun




Rata-rata wanita Jepun memiliki tubuh yang langsing. Bukan hanya itu. Mereka juga memiliki kulit putih yang tampak bersinar. Apa sebenarnya rahsia cantik dan langsing mereka? Ternyata, turutan makan dan cara mereka makan menjadi rahsia di balik tubuh indah yang dimiliki wanita Jepun. Berikut adalah cara membentuk tubuh indah ala wanita Jepun, seperti dinyatakan Healthypro.org.

1. Menikmati makanan 

Warga Jepun memiliki bentuk makan sihat yang meliputi pemggunaan makanan rendah kalorinya yang lazat. Selain itu, makanannya pun disajikan dengan cara yang menarik dan sedap dipandang oleh mata. Inilah yang membuat mereka makan dengan perlahan dan betul-betul menikmati makanan mereka. Menikmati makanan yang anda makan dapat menaikkan nafsu makan.

2. Disajikan dalam bahagian kecil

Di Jepun, makanan selalu disajikan dalam piring dan mangkuk kecil. Hal ini disebabkan orang boleh makan 45 persen lebih banyak dari bahagian biasanya, ketika sebuah makanan disajikan dalam bahagian lebih besar.

3. Sangat senang dengan sayuran

Jepun merupakan salah satu negara yang gila dengan sayuran kerana hampir semua jenis makanan di Jepun mencampurkan berbagai-bagai sayuran. Sebanyak 4-5 jenis sayuran bahkan dapat disajikan dalam satu kali makan.

4. Lebih memilih ikan daripada daging

Orang Jepun lebih suka makan ikan daripada daging. Jenis ikan segar seperti salmon, tuna, mackerel, sardin dan herring segar adalah makanan kegemaran warga Jepun. Dan ini merupakan sumber utama asam lemak omega-3 yang dikenali baik untuk jantung.

5. Pencuci mulut

Hidangan pencuci mulut khas Jepun adalah beragam jenis buahan yang dikupas, diiris dan diatur di atas piring cantik. Sedang menyantap buah-buahan yang segar, mereka biasanya menikmati secawan teh hijau Jepun yang kaya degan antioksidan.

6. Suka jalan kaki atau naik basikal

Naik basikal dan berjalan kaki merupakan sebahagian dari kehidupan seharian di Jepun. Jadi, tidak hairan jika mereka kuat berjalan jauh dan berusia lebih panjang.

Inilah cara sihat yang dilakukan wanita Jepun untuk mendapatkan tubuh yang menarik. Mari galakkan pola makanan hidup sihat yang baik untuk kesegaran tubuh bdan dan dapat memanjangkan usia.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story