Padah !!! bila Nafsu sedang memuncak !! Ayah & Gadis sangup guna pintu depan dan belakang.

Hiasan

Perbuatan keji, bagi mengelakan aktiviti maksiat di ketahui, apa saja sanggup di lalukan.
Demi Berkhalwat, Ayah Guna Pintu Hadapan, Gadis Guna Pintu Belakang.
MELAKA  –  Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.

Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.


Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.

"Bapa kepada gadis berkenaan tergamam melihat anak gadisnya berkurung bersama teman lelakinya itu dan dia bersama ibu tunggal berkenaan langsung tidak menyedari kehadiran remaja berkenaan dibawa masuk secara curi-curi menerusi pintu belakang.


"Selepas pemeriksaan dan siasatan selesai di rumah dijalankan, ibu tunggal serta duda berkenaan termasuk remaja perempuan dan pasangannya terus dibawa ke pejabat JAIM," katanya, di sini, semalam.


Rahimin berkata, siasatan dijalankan mendapati remaja lelaki yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu masuk ke rumah berkenaan selepas Maghrib.

Katanya, pemeriksaan terhadap telefon bimbit kedua-dua mereka juga mendapati rekod perhubungan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) merancang untuk lelaki terbabit masuk ke rumah berkenaan.

"Soal siasat turut mendapati remaja lelaki itu tiga kali menyusup masuk ke rumah ibu tunggal berkenaan dan pasangan terbabit mengakui hanya melakukan mukadimah zina sepanjang berkurung dalam bilik," katanya.



Beliau berkata, lelaki terbabit mendakwa ke rumah ibu tunggal itu menziarahi anaknya yang ditumpangkan di rumah wanita terbabit kerana dia bekerja di tempat lain.  – hmetro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story