Farid bersama Diana yang melangsungkan perkahwinan pada 3 November lalu mencetuskan kontroversi pada majlis persandingan berlangsung pada 1 Disember di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya apabila Farid mengenakan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tetamu hadir pada malam itu turut dipertontonkan dengan persembahan lapan ekor kuda daripada Unit Berkuda PDRM.
Katanya, kontroversi yang berlaku pada majlis persandingannya itu berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta bertujuan memalukannya.
“Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa,” katanya.
Farid berkata, pakaian seragamnya itu tidak mewakili mana-mana pasukan beruniform. Malah, kontroversi itu sudah diselesaikan dan tiada apa-apa tindakan diambil dari PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.
Katanya, tindakan akan diambil kerana faktor memalukan dirinya, memutar belit fakta sebenar, memburukkan hubungannya bersama ATM dan PDRM serta bertindak menjatuhkan hukuman padanya sebelum dibawa bincang.
“PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya,” katanya. – OHBulan
0 comments:
Post a Comment