Kerajaan Negeri Ambil Alih Pengurusan Zoo Melaka

Kerajaan Negeri Ambil Alih Pengurusan Zoo Melaka

KUALA LUMPUR – Jabatan Perhilitan (Perhilitan) menyerahkan semula pengurusan Zoo Melaka kepada kerajaan Melaka bagi mengelakkan percanggahan kepentingan antara kedua-dua pihak.
Perhilitan melalui satu kenyataan media memberitahu, penyerahan semula Zoo Melaka kepada kerajaan negeri itu berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.
“Zoo Melaka diwujudkan oleh kerajaan Melaka pada tahun 1963 dan pengurusannya diserahkan kepada Perhilitan pada 1979.
“Selepas 33 tahun, pengurusan Zoo Melaka kembali kepada kerajaan Melaka. Langkah ini selaras dengan penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, penyerahan Zoo Melaka kepada kerajaan negeri akan memberi peluang kepada zoo berkenaan untuk terus berkembang dalam usaha pemuliharaan hidupan liar.
Kata kenyataan itu, penyerahan itu juga bakal menjadikan Zoo Melaka sebuah produk pelancongan yang berpotensi bagi menjana ekonomi kerajaan Melaka.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story