Cleveland – Seorang penari bogel meninggal dunia selepas terjatuh daripada balkoni setinggi 15 kaki ketika cuba melakukan gerak tari di kelab malam Christie Cabaret.
Lauren Block, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala sejak dimasukkan ke hospital pada 2 Januari lalu, akhirnya meninggal dunia di hospital Metro Wealth.
Ketika kejadian, dia sedang menghiburkan pengunjung di tingkat dua Christie Cabaret pada pukul 12.40 pagi.
Namun ketika cuba melakukan lompatan, dia tersalah sasar lalu terjatuh ke lantai.
Susulan kematiannya itu, polis tidak lagi menyiasat insiden tersebut dan ia disifatkan sebagai kemalangan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Christie Cabaret enggan mengulas mengenai insiden berkenaan.
Sementara itu, keluarga Block dalam satu kenyataan memberitahu wanita tersebut adalah penderma organ, justeru organnya akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami juga meminta supaya pihak media menghormati privasi kami dan tidak mengganggu keluarga kami ketika kami sedang bersedih,” katanya.sumber
0 comments:
Post a Comment