Polis Sudah Siap Sedia Di Festival Rakyat

Festival Rakyat

KUALA LUMPUR – Sejumlah kira-kira 100 anggota polis sudah berada di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman, di sini bagi menjaga keaman semasa berlangsungnya Festival Rakyat:Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112 yang akan berlangsung pada 8 malam ini.
Anggota polis yang masing-masing sudah berada di kedudukan yang ditetapkan dilihat turut berlegar-legar di kawasan berhampiran untuk meninjau keadaan sekeliling.
Walaupun begitu sehingga kini masih tiada lagi apa-apa aktiviti dijalankan selain hanya terdapat gerai jualan.
Antara gerai jualan yang terdapat di sepanjang jalan masuk ke Kelab Sultan Sulaiman adalah barangan seperti t-shirt, jubah, cakera padat, makanan dan minuman.
Sementara itu, acara yang diadakan pada malam ini adalah untuk mengira detik jam 12 malam bagi meraikan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada esok, bertempat di Stadium Merdeka.
Acara berkenaan dijadualkan bermula pada jam 2 petang dan akan dihadiri oleh Pengerusi Penyelaras HKR, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story