Pasar Raya Besar Mydin Akan Dibuka Di Kuching

Pasar Raya Besar Mydin Akan Dibuka Di Kuching

KUCHING – Mydin Mohamed Holdings Bhd akan membuka dua lagi pasar raya besar Mydin tidak lama lagi, masing-masing di The Kuching Isthmus dan Bandar Samariang di sini, sebagai sebahagian daripada rancangan peluasannya di Sabah dan Sarawak.
Rantaian pasar raya Malaysia itu akan memeterai perjanjian dengan para pemaju hartanah, CMS Land Sdn Bhd dan Projek Bandar Samariang Sdn Bhd, pada hari Isnin.
CMS Property Development, anak syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd dalam satu kenyataan berkata Menteri Perumahan dan Pelancongan, Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan menyaksikan majlis berkenaan.
Mydin, sememangnya sudah terkenal kerana membawa masuk produk tempatan dan seberang laut pada harga yang berpatutan kepada populasi Malaysia dengan para pengguna tempatan mendapat pilihan meluas – barangan dapur, produk perkakasan, peranti elektrik, alat tulis, tekstil dan pakaian di bawah satu bumbung.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story