Tren KTM Komuter Henti Operasi Lebih Awal

Tren KTM Komuter Henti Operasi Lebih Awal

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan ditamatkan 30 hingga 60 minit lebih awal daripada jadual asal perjalanan bermula 12 Januari ini.
KTMB melalui satu kenyataan media memberitahu, pembatalan tren terakhir KTMB itu bertujuan mempercepat dan menggiatkan penyiapan kerja-kerja baik pulih landasan bermula tarikh berkenaan.
“Kerja-kerja ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada setiap hari di beberapa lokasi di rangkaian komuter.
“Oleh itu pengguna yang sering menggunakan tren-tren terakhir KTMB dinasihatkan supaya merancang semula jadual perjalanan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, jadual tren yang dibatalkan daripada stesen terminal adalah Rawang ke Sungai Gadut iaitu pada pukul 10.15 malam dan 10.45 malam.
Turut dibatalkan perjalanan Sungai Gadut ke Rawang pukul 10.14 malam, Pelabuhan Klang ke Batu Caves pukul 10.50 malam dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang pukul 10.45 malam.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 1-300-88-5862 atau menghubungi stesen KTMB berdekatan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story