Pengawal Keselamatan Kebas Motorsikal

Pengawal Keselamatan Kebas Motorsikal

Kuala Lumpur – Akibat cuai meninggalkan motosikal tanpa mematikan enjin ketika masuk seketika dalam kedai membawa padah kepada seorang tukang cat apabila motosikalnya dilarikan seorang pengawal keselamatan di Jalan Hang Lekiu, di sini kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 50 tahun itu meninggalkan motosikalnya dalam keadaan tergesa-gesa sebelum masuk dalam kedai untuk membeli barang.
Kesempatan itu digunakan pengawal keselamatan terbabit untuk melarikan motosikal itu.
Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam, kenderaan itu dikesan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) ketika membuat rondaan mengesan nombor pendaftaran palsu di Jalan Imbi, jam 7.30 malam.
Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika membuat rondaan di sekitar Jalan Imbi, anggota U3K mengesan sebuah motosikal SYM Bonus 110 yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Selepas melakukan intipan, seorang lelaki berusia 27 tahun berpakaian seragam pengawal keselamatan membuka kunci mangga pada motosikal itu sebelum menghidupkan enjin.
“Lelaki terbabit ditahan sebelum dia mendakwa kononnya motosikal berkenaan dipinjam daripada rakannya,” katanya, semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut melalui sistem kompol mendapati motosikal berkenaan baru dicuri dua hari lalu di Jalan Hang Lekiu dan suspek memiliki rekod cubaan samun.
“Selain itu, dia turut memiliki rekod dikehendaki polis atas kesalahan dadah dan laporan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya. (Harian Metr0)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story