KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah wanita, Zaidah Awang, 42, atau lebih dikenali sebagai A. Aida tidak segan menyarankan agar artis-artis Malaysia melakukan pembedahan atau proses kecantikan asalkan menampakkan diri seseorang itu cantik dan menawan.
Kata A. Aida, seseorang artis itu haruslah kelihatan cantik agar mudah mendapat tawaran berlakon dari mana-mana syarikat produksi.
Tidak gentar dengan kenyataannya itu, A. Aida juga mengakui sanggup menaja artis-artis yang tidak mempunyai duit untuk melakukan pembedahan atau proses kecantikan.
“Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah.
“Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga.
“Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki,” kata A. Aida yang dipetik dari laporan Utusan Online.
Bagi A. Aida, mencantikkan diri adalah hak diri masing-masing yang harus dititik beratkan.
Termasuklah dirinya yang mahu kelihatan cantik dan menawan pada pandangan mata orang ramai bagi memudahkan setiap urusan kerjanya.
A. Aida juga mengakui dia berbelanja sebanyak RM4,000 setiap bulan hanya kerana ingin mencantikkan tubuh dan wajahnya.
“Kerjaya saya yang sering berurusan dengan orang ramai juga memerlukan saya untuk kelihatan cantik dan kemas sentiasa.
“Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan,”
Bukan itu sahaja, A. Aida banyak mengambil vitamin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh pihak doktor bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan dirinya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
0 comments:
Post a Comment