Remaja P’mpuan Diharam Guna Telefon Bimbit

Remaja Perempuan Diharam Guna Telefon Bimbit

Jaipur – Beberapa kawasan di India telah melaksanakan beberapa peraturan yang ditetapkan kepada remaja perempuan, semuanya atas nama keselamatan susulan kes rogol dan bunuh seorang pelajar perubatan di New Delhi, bulan lepas.
Antaranya komuniti Islam di Rajasthan, yang mengharamkan remaja perempuannya daripada  menggunakan telefon bimbit.
Mereka juga dilarang menari serta menyanyi dalam majlis perkahwinan.
Selain itu, golongan belia lelaki dan perempuan juga ditegah daripada mengahwini seseorang yang tidak mereka suka atau daripada komuniti yang berbeza.
“Kami membuat keputusan itu termasuk mengharamkan penggunaan telefon bimbit di kalangan remaja perempuan kerana ia hanya merosakkan mereka,” kata setiausaha jawatankuasa penduduk Islam, Habibur Rahman.
Jelasnya, hukuman tegas akan diambil ke atas gadis yang ingkar dengan arahan berkenaan kerana langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan mereka sendiri.
Beliau turut memaklumkan denda akan dikenakan kepada pasangan yang kahwin lari .
Keputusan itu, katanya diambil selepas perbincangan diadakan dengan semua pihak di kampung tersebut.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story