Baru-baru ini heboh cerita seorang penyanyi dari Indonesia, iaitu Siti Liza yang didakwa mempunyai vokal seakan-akan Dato’ Siti Nurhaliza dan dia juga dianggap sebagai pesaing untuk penyanyi nombor satu negara itu.
Namun begitu menurut laporan media Indonesia Detik Hot, penyanyi ini telah menafikan dakwaan tersebut dan melahirkan rasa sedih kerana ramai individu yang menuduh dirinya sengaja menggunakan nama Siti Liza kerana ingin mencapai populariti dalam waktu yang singkat.
“Saya sangat sedih. Ada juga yang kata saya gunakan nama itu agar cepat popular, padahal saya sudah menyanyi dan berusaha sejak kecil.”
“Selama ini saya dinilai mirip Siti, saya terima. Tapi sebenarnya suara saya tidak sama dengan suara Siti,” ujar pemilik nama sebenar Resrilliza ini.
Meskipun dikecam hebat oleh segelintir individu, akan tetapi penyanyi ini masih lagi tabah dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang masih menyokong kerjayanya dalam industri.
“Saya harus bangkit, tak boleh putus asa. Walaupun ramai yang menghina, ada juga yang memberikan sokongan kepada saya bahkan peminat dari Malaysia juga ramai yang menyokong.” (petikan Ohbulan.com.my)
0 comments:
Post a Comment