Najwa Latif Dah Mula Demand?

Najwa Latif Dah Mula Demand?

KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi digelar anak derhaka oleh bapa sendiri, Najwa Latif kini berdepan satu lagi isu berhubung tanggapan negatif beberapa pihak yang mendakwanya sudah pandai demand.
Selain itu, Najwa, 17,  juga dikatakan tidak lagi mahu membuat persembahan yang mempunyai bajet kecil di samping meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum menerima tawaran yang memerlukan dia membuat persembahan.
Turut menjadi isu apabila Najwa juga dikatakan kini sudah mempunyai teman lelaki.
Memetik daripada laporan Malaysiandigest, Najwa menafikan sekeras-kerasnya mengenai dirinya yang didakwa mula demand.
Malahan penyanyi yang semakin popular menerusi single Adamu ini berkata, setiap kali diundang untuk membuat persembahan dia akan megikut bajet penganjur.
“Saya pun tidak tahu macam mana orang boleh cakap begitu, sebab memang saya tidak pernah buat macam itu.
“Saya tidak pernah letak sebarang harga setakat ini. Saya bukan jenis macam itu, sesiapa yang hendak jemput saya menyanyi, saya ikut bajet mereka. Kami sedia berunding, bajet RM500 pun saya ambil,” katanya.
Mengenai isu teman lelaki pula, Najwa menegaskan yang dia memang mempunyai ramai kawan lelaki namun masih tiada yang istimewa.
“Saya lebih suka berkawan dengan semua orang, lagi pun ibu saya tidak galakkan lagi sebab umur saya masih muda lagi,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story