121,000 Belia Daftar Untuk Rebat Telefon Pintar

Rebat Telefon Pintar

KUALA LUMPUR — Seramai 121,000 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, secara puratanya sebanyak 25,000 permohonan diproses dan diluluskan setiap hari sejak rebat itu dilancarkan seminggu yang lalu.
“Kita sangat gembira menyaksikan perkembangan positif daripada para belia di negara ini yang memberi sambutan baik terhadap pakej rebat yang dilancarkan kerajaan ini.
“Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran, pihak SKMM juga telah mengemas kini laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my,”katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan skim berkenaan adalah berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’, iaitu tawaran tersebut akan ditutup setelah 1.5 juta belia menggunakan rebat itu.— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story