Remaja Pe’puan Dilarang Pakai Kemeja T & Jean

Remaja Rerempuan

New Delhi – Sebuah perkampungan di India telah mengharamkan kaum wanitanya daripada memakai seluar jean dan kemeja t kerana pemakaian berkenaan disifatkan boleh menggalakkan jenayah rogol.
Undang-undang berkenaan diperkenalkan di Khedar di wilayah Hisar bagi mengurangkan jenayah serangan seksual di kawasan berkenaan.
Menurut ketua kampung berkenaan, Sarpanch Shamsher Singh selain larangan pemakaian kemeja t dan jean, alkohol juga diharamkan.
Biarpun keputusan itu menyebabkan ada sesetengah golongan remaja perempuan membantah, namun ia disambut baik oleh golongan dewasa di kampung itu.
Mereka menyifatkan larangan berkenaan dapat mengurangkan jenayah rogol kerana pemakaian yang seksi merupakan punca utama kepada jenayah tersebut.
“Keputusan itu bagus dan ia akan memastikan remaja perempuan tidak diganggu,” kata salah seorang penduduk pertengahan usia, Shanti Devi.
Manakala seorang lagi penduduk, Mahaveer Singh matlamat utama penduduk kampung itu ialah untuk mengharamkan penjualan alkohol kerana ia merupakan punca utama kepada jenayah tersebut.
Selepas kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan di New Delhi berlaku bulan lepas, kes berkenaan mendapat liputan meluas.
Malah setiap hari bantahan diadakan bagi menuntut kerajaan melindungi kaum wanita.
Keadaan itu juga menyebabkan ibu bapa kini dalam kebimbangan dan mereka mengambil pendekatan tambahan dengan meningkatkan keselamatan serta mengawasi anak perempuan mereka.
Data yang dikeluarkan menunjukkan kes rogol di India meningkat sebanyak 17 peratus antara 2007 dan 2011.
Manakala New Delhi dikenali sebagai kota rogol di India dengan jenayah rogol dilaporkan berlaku setiap 18 jam.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story