Sejajar dengan kebangkitan teknologi dan pemikiran manusia yang semakin moden, ramai yang terlari dari fitrah kehidupan manusia normal.
Tuhan menciptakan setiap manusia itu secara berpasangan di mana setiap pasangan akan dipertemukan pasangan yang berlainan jantina.
Malah, dalam setiap agama juga mengajarkan manusia agar menyayangi pasangan masing-masing yang sama ada lelaki pasangannya perempuan dan perempuan pula pasangannya adalah lelaki.
Tetapi, dunia kini menerima pelbagai gelombang reaksi mengenai kehendak dan nafsu manusia di mana mahukan pasangan yang mempunyai jantina yang sama atau kaum sejenis.
Kata mereka, itu adalah kehendak dan naluri datangnya dalam diri mereka.
Beberapa negara asing ketika ini sudah banyak mengiktiraf hubungan sejenis yang mahukan hidup semati bersama.
Antara hubungan sejenis yang sedia maklum adalah hubungan gay, lesbian, dan sebagainya.
Berlainan di negara Rusia, terdapat satu kumpulan yang diberi nama, ‘The Union of Orthodox’ iaitu sebuah kumpulan yang menentang golongan gay secara keseluruhannya.
Kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 1992 dan bergiat aktif dari tahun ke tahun seterusnya.
Matlamat mereka adalah untuk menguatkan iman dalam agama mereka serta mengembalikan jiwa patriotisme dan nasionalisma dalam diri rakyat negara itu.
Setiap anggota dalam kumpulan itu akan mengadakan pertemuan atau mesyuarat secara rahsia di lokasi yang tidak diketahui oleh umum.
Antara kerja mereka adalah menghancurkan dan menolak pertubuhan hubungan sejenis, gay, dalam kelompok masyarakat mereka kerana percaya hubungan seperti itu tidak dibenarkan dalam ajaran mereka.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: drysheet.blogspot
Sumber: drysheet.blogspot
0 comments:
Post a Comment